Thursday, March 19, 2026

Alhamdulillah dah selamat sampai Perth.

Alhamdulillah dah selamat sampai Perth.  Sekarang waktu untuk memikirkan menu raya sebab kat sini dah confirm raya hari Jumaat.  Alamat tak dan ai nak berehat, alih2 terus jadi “Head Chef”.  “Sous Chef2” plak semuanya masih kerja hari ni (esok baru cuti),  memasing tengah tido berlonggok depan TV tu ha, vibes2 raya zaman dulu berkumpul adik beradik,  jadi esok ni nampaknya tak dapat ler nak tolong Mama kot.

First mesti la kena cari kacang goreng untuk buat sambal kacang.   Kalau boleh raya tahun ni tak nak buat lodeh lagi sebab tahun lepas hampir semua rumah menghidangkan menu yang sama.



Menantu pula request ketupat daun kelapa tapi sebab kelapa tak de, mungkin akan buat cara lain.  Tengok nanti cemana.    Mama nak “cas bateri” dulu.  Zzzzzzzz.



Monday, March 16, 2026

Jemputan iftar rumah adik ipar.

Assalamualaikum guyss!.

Jemputan iftar di rumah adik ipar, Dr Bee & Dr M maghrib semalam.  Memang tiap tahun adik ipar akan jemput kami iftar di rumahnya sebab tahu kami tak akan beraya di Malaysia.  So kiranya ni macam beraya awal lah.



Kuih muih dah tersusun, tapi yang ni untuk raya.  Untuk iftar, kami dihidangkan dengan ketupat dan rendang serta sambal goreng Jawa. 





Thanks SIL bagi duit raya.


Ada banyak lagi yang dibagi, termasuk hamper ni dan sekotak kerepek dan kuih muih. TQVM. 



Sementara ini pula “pelita raya” di rumah MIL.  Menarik!. Kalaulah kat Aussie ada jual, mesti budak2 suka ada vibes beraya kat kampung.